dear god,
terima kasih tuhan kerana hari ini engkau masih beri kami nafas dan kehidupan yang baru.. terima kasih kerana masih memberi kami jalan kehidupan untuk meneruskan perjalanan hidup yang masih jaug dan penuh dengan pencobaan.. apa pun sy bersyukur kerana engkau masih ketemukan kami sekeluarga walaupun berjauhan dengan mereke.
tuhan,
kiranya engkau mendengar suara hati ini, ingin sangat sy untuk meminta engkau berkati kesihatan ibu dan bapa saya, kesihatan jasmani mahupun rohani sesuai dengan keperluan peribadi mereka tuhan, kiranya engkau pegang dan kuatkan hati mereka untuk terus bersama dengan engkau. biarlah engkau urapi mereka dengan roh kudusmu, sembuhkan segala penyakit mereka tuhan, jauhkan segala malapetaka yang buruk menimpa mereka tuhan,,, agar mereka memperolehi kehidupan yang baik sekarang dan sampai selamanya tuhan,,,
begitu juga tuhan, engkau berkati kakak saya tuhan, kiranya engkau memperlihatkan mereka jalan yang baik pada hari ini mahupun untuk hari2 yang akan mendatang, pakai mereka tuhan. masuk campur segala hal2 mereka termasuk kerja mereka tuhan, mahupun kehidupan harian mereka tuhan. pimpin mereke semua agar menerusi engkau mereka mendapat kekuatan yang baik dari segala sesuatu yang mereka lakukan... berkati pekerjaan mereka tuhan, berkati juga makan dan juga pakaian mereka tuhan agar mereka sentiasa mendapat yang terbaik semua hasil daripada rencana mu tuhan. berkati anak2 mereka yang suda mempunya anak. dan juga berkati kakak sy yang belum berkahwin tuhan, agar engkau ketemukan tulang rusuk untuk dipakai olehnya..
tuhan, tidak lupa juga untuk adik2 sy tuhan, berkati mereka dari segi pekerjaan dia, makan minum dia dan juga pembelajaran dia tuhan.. pakai mereka tuhan agar segala sesuatu yang berlaku tidak mustahil bagi mereka tuhan. jauhkan mereka daripada roh2 jahat agar kehidupan mereka cenderung di dalam kuasa tuhan sendiri. jauhkan mereka dari amalan2 yang bercanggah dengan perjalanan kehidupan tuhan. engkau buka hati mereka tuhan agar terus bersatu dalam nama tuhan yesus..
Tuhan, tidak lupa juga kepada kawan2 sy yang berada di luar sana, Tuhan dengan kuasa mu tuhan, engkau pakai mereka tuhan. pekerjaan mereka, mahupun juga pencarian pasangan mereka tuhan. berkati mereka yang pernah sy lukakan dulu tuhan, kiranya engkau memuka hati mereka untuk memberi kemaafan kepada sy yang sudah banyak bersalah kepada mereka, juga beri mereka kerendahan hati untuk memaafkan segala perkara tuhan. bagi mereka kesungguhan untuk melakukan semua perkara dengan ikhlas dan senang di mata tuhan.. kiranya engkau beri mereka peluang untuk terus bersama dengan tuhan secara peribadi. kuatkan hati mereka tuhan, jauhkan mereka daripada yang jahat dan lepaskan mereka dari percobaan.. bagi mereka2 yang pernah saya sakiti, tuhan, sy memohon pertolongan mu untuk merendahkan hati mereka untuk terus beri kemaafan kepada saya sunggupun sy sekali dalam kehidupan yang akan datang.. beri mereka kekuatan untuk terus bersama dalam tuhan.. berkati mereka agar terhindar dari sakit dan juga malapetaka yang mendatang.. biarlah engkau masuk campur dalam segala hal mereka tuhan, engkau pakai mereka tuhan..
tuhan,
terima kasih untuk segalanya tuhan, biarlah mereka mempunya kehidupan yang baik sentiasa,, terima kasih tuhan, terima kasih kerana mendengar suara hati sya pada hari ini.. amin..
No comments:
Post a Comment