Tuhan,
sy mengaku sy tidak alim, tuhan tahu akan perbuatan terkutuk saya selama ini. tuhan tahu semua perkara terkutuk pernah sy buat. engkau berkati mereka yang berada dalam kemarahan pada saat ini, engkau berkati mereka yang tidak puas-puas untuk mengejar kehidupan mereka tuhan,..
Tuhan,
biarlah engkau datang kepada ku untuk memberikan kekuatan untuk diri saya menghadapi apa semua yang sudah berlaku. Setahu saya tuhan, selama ini sy cuba untuk mengelak semua sangsi yang di lemparkan kepada saya. dan tuhan tahu betapa banyak dosa yang telah saya lakukan selama sy bergelar anak derhaka.
Tuhan,
saya tidak pernah meminta keaampunan daripada mu Tuhan. tapi saya ingin engkau dekat dengan saya sekaligus boleh meringankan kehidupan saya dalam apa jua hal. biar pun engkau memberi penderitaan dalam pekerjaan saya Tuhan, tapi engkau tetap sentiasa berada di dalam kehidupan kami.
Tuhan,
sy ingin memohon berkat serta kekuatan kepada mereka yang berasa tidak puas hati dengan apa yang telah berlaku selama ini tuhan, biarlah mereka mendapat kekuatan yang sangat kuat dari tangan mu tuhan, ampuni kesilapan mereka tuhan, beri mereka hari yang baru setiap hari tuhan.
Tuhan,
sekali lagi, sy bukan menunjuk untuk berlakon alim dengan mu Tuhan, tapi sy cuma minta kekuatan dari kuasa mu tuhan untuk lebih dekat dengan mu, lebih setia bersama mu walaupun cara perjalanan kehidupan saya pada hari ini memang agak sukar di terima. bagi mereka yang tidak berpuas hati dengan cara saya tuhan. sy mohon engkau beri mereka kekuatan dan juga keselamatan tuhan,
Tuhan,
sy juga memohon maaf kalau sy telah menuduh kawan baik sy menyelongkar dalam bilik sy tuhan, sy tidak pernah untuk menuduh tanpa sebarang usul periksa. itu mungkin kesalahan sy tuhan. dan sy berharap tuhan mengampuni kesalahan sy tuhan sebab menuduh tanpa usul periksa. Tuhan, sy juga tidak pernah berbuat jahat untuk memalukan siapa2 saja. Tuhan, sy cuba untuk mengelak beberapa perkara, tapi tuhan sy tahu mengelak tu bukan cara yang baik. biar la saya menghadapi semua itu tuhan dengan penderitaan yang sama engkau terima tuhan.
Tuhan,
mungkin sy terlepas cakap untuk membuat laporan polis, tapi itu semua sy tidak lakukan sebab sy tidak akan menyusahkan mana2 pihak.. sy cuma merancang untuk berbuat demikian kerana perasaan marah dan juga buruk sangka saya Tuhan. tapi syukur sy berfikir sambil berdoa dan merendahkan hati untuk tidak berbuat demikian kerana itu mungkin boleh menambah kemarahan daripada pihak yang tidak berpuas hati tuhan. biarlah semua yang saya hadapi ini tuhan mungkin sedikit sebanyak mengajar sy erti kehidupan sebenar.
Tuhan,
kiranya tuhan engkau tampil dan dengar doa saya tuhan, sy ingin tuhan dengar semua luahan kehidupan saya tuhan, biar lah seburuk mana sangkaan mereka dengan sy, cacian dan makian mereka tuhan, mengajar saya untuk menilai sejauh mana kejahatan dan keburukan sy tuhan selama kehidupan saya tuhan. syukur tuhan, sy masih boleh berlembut dengan keadaan begini. walaupun jauh dalam kehidupan saya tuhan ada perasaan marah dan juga tidak puas hati. tapi tuhan saya berterima kasih kepada engkau kerana engkau saja yang boleh senangkan hati setiap umatmu tuhan. dan tuhan sy bukan berpura2 alim tapi tuhan cuma engkau saja yang boleh rendahkan hati saya tuhan.engkau saja yang boleh mengajar saya bagaimana untuk terus berhadapan dengan sebarang kemurungan dan juga masalah seperti ini.
Tuhan,
engkau berkati mereka yang tidak bersalah tuhan dan engkau hukum saya yang pernah melakukan perbuatan terkutuk selama ini. Tuhan. terima kasih kerana mendengar doa saya ini tuhan, dan tuhan jauh di sudut hati saya tuhan, saya ingin sangat untuk bersama dengan setiap kebaktian Tuhan dalam rumah mu tuhan. terima kasih tuhan untuk semua yang telah engkau rencanakan pada saya pada tahun ini. biarlah semua ini menjadi kekuatan bagi saya untuk meneruskan niat baik saya dalam nama tuhan yesus.
AMIN..
No comments:
Post a Comment