Website counter

Tuesday, February 21, 2012

Jawapan...

Jawaban: Petikan Kitab Suci yang anda nyatakan adalah dari khutbah terkenal Yesus di atas Bukit. Yesus memulakan pernyataan dengan kata-kata peringatan kerana Dia mahu orang yang sedang mendengar-Nya ketika itu benar-benar menumpukan perhaian. Sebanyak enam kali Dia mengulangi kata peringatan “Kamu sudah mendengar ajaran seperti berikut ...Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu...” 

Ada sebabnya mengapa Yesus berulangkali menekankan ajaran tersebut agar ia tidak akan dilupakan oleh para pendengar. Dia juga menegaskan bahawa apa yang baik pada Bapa-Nya di syurga, adakalanya tidak dihargai oleh manusia. Yesus turut menekankan mengenai perkara-perkara yang boleh menyebabkan dosa, misalnya membunuh, berzina, bercerai, membalas dendam dan perkara mengasihi musuh-musuh kita serta mereka yang menganiaya kita — di mana penekanan ini membawa banyak persoalan kepada kita. Yesus tahu apa yang tersembunyi di dalam hati kita. Kita menyimpan banyak babak dendam, kemarahan, gembira di dalam hati kita. 

Tuhan sentiasa tahu apa yang kita simpan di dalam hati kita. Oleh itu, Dia mengingatkan bahawa dengan berfikiran jahat serta mengucapkan kata-kata kesat kepada orang lain akan menyebabkan kita membunuh iman seseorang. Para pendengar Yesus juga terkejut apabila Dia mengatakan, "Sesiapa memandang seorang wanita dengan perasaan berahi, orang itu sudah berzina dengan dia di dalam hati." 

Bagi Tuhan, segala isi hati kita mungkin tidak tidak diketahui oleh orang lain adalah amat jelas pada-Nya. Apa yang kita sembunyikan di dalam hati kita juga mungkin tidak menyenangkan hati- Nya. Kebaikan tidak seharusnya diperlihatkan kepada mereka yang menyayangi kita sahaja. Ini adalah kerana Tuhan tidak mengasihi orang-orang yang taat terhadap-Nya tetapi Dia juga mengasihi orangorang yang berdosa. 

Malah, Tuhan tidak berdendam walau seburuk manapun sikap kita. Yesus memperlihatkan kesucian cintakasih-Nya dan belas kasihan- Nya yang agung untuk kita contohi dan amalkan setiap hari. Mengampuni musuh-musuh kita adalah salah satu perkara di luar kemampuan manusia. Namun, sekiranya kita sentiasa mendekati Tuhan, menerima rahmat dan mengikuti contoh-Nya, kita akan diberikan kuasa untuk berkongsi kemurahan hati- Nya ketika Dia sedang sengsara di Kalvari, “.

Ya Bapa, ampunilah mereka! Mereka tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka.” (Luk 23: 34). Anda menyatakan bahawa anda bersikap “sopan dan menurut kehendak” orang-orang yang berkasar terhadap anda. Tetapi saya tidak akan menggolongkan perkataan tersebut di dalam satu makna. Ini adalah kerana “sopan” membawa nilai moral yang baik manakala perkataan kedua “menurut kehendak” adalah lebih ke arah sifat buruk. “Menurut kehendak” mempunyai konotasi “tunduk” atau “terlalu patuh” yang merendahkan martabat kita sebagai orang Kristian. Ini bukanlah sikap merendahkan diri yang diminta oleh Yesus. 

Venerable Matt Talbot, Santo para pekerja dari Dublin membezakan perkara menghormati dan terlalu patuh. Beliau menggunakan perumpamaan mengenai situasi di tempat kerja beliau sendiri. Katanya, “T. C. Martin adalah majikan saya tetapi dia bukan Tuan saya. Saya hanya mempunyai satu Tuan. Kita seharusnya mencontohi Tuan sebenar.” Jadi, adakah kita harus terlalu memuaskan hati orang lain agar menjadi umat Kristian sejati? Jawaban saya ialah “tidak”. “Memuaskan hati orang lain” boleh menggalakkan seseorang itu meneruskan sikap jahat dan negatif mereka. Santo Paulus merupakan model iman kita. 

Dia menyatakan bahawa dirinya adalah “berjuang untuk orang lain.” Menurutnya lagi, untuk berasa simpati kepada seseorang tidak semestinya kita bersetuju dengan perbuatan atau keputusan mereka yang boleh merendahkan martabat seseorang. Umat Kristian tidak seharusnya terlalu “tunduk” sehingga mendiamkan diri ketika dilayan tidak adil atau dianiaya. 

Umat Kristian sejati mengasihi sesama sama seperti Kristus yang mengasihi mereka iaitu sentiasa menjaga maruah dan martabat sesama. Cinta sejati memerlukan kita untuk membuka diri kita, memasuki dunia orang lain untuk membantu mereka lebih dekat kepada Kristus. — Fr Bernard Mcguckian SJ

No comments: